Wednesday, August 25, 2010

UNTUK AWAK... DARI SAYA..

created by fiqa ...
inspirasi hari ini...
ilham ni dtg sendiri..

Awak,
pertama kali saya lihat awak hati saya rasa berdebar,
tapi saya buat tak tau je,
saya rasa nak kenal dgn awak,
tapi saya tak berani,
jadi saya diam je.
sejak itu saya selalu nak tengok awak,
walaupun dari jauh,
saya tak sangka rupanya awak pun sebenarnya nak kenal dgn saya,
tapi awak cakap awak malu.


awak,
suatu hari kita telah berkenalan,
saya rasa sangat gembira dapat berbual dgn awak,
saya dapat rasakan sesuatu yang membuatkan saya rasa sangat bahagia,
rupanya awak pun rasa yang sama,
saya rasa selesa dan serasi berkawan dgn awk,
kalau ada masalah saya suka bercerita dgn awak.

awak,
suatu hari awak luahkan perasaan awak pada saya,
awak kata awak sayangkan saya,
saya terkejut sangat,
saya tak sangka awak akan cakap macamtu,
tapi saat itu saya rasa sangat gembira,
sebab saya pun sebenarnya sayangkan awak.

awak,
awak cakap awak nak saya jadi seseorang yang istimewa dalam hidup awak,saya macam tak percaya bila awak cakap macamtu,
saya menangis,
saya takut sangat,
sebab selama ni saya tak pernah berani nak menerima sesiapa yang nak berkawan lebih dari seorang kawan.
tapi, untuk pertama kalinya hati saya terbuka untuk menerima awak,
walaupun saya rasa takut sangat,
saya takut awak akan mempermainkan perasaan saya,
saya takut awak akan tinggalkan saya,
macam-macam yang saya takutkan.

awak,
saya sangat sayangkan awak,
terima kasih awak,
saya rasa bahagia dan gembira bila dengan awak,
saya harap awak akan dapat jadi yang terbaik untuk saya,
saya juga nak jadi yang terbaik untuk awak,
sebab saya cintakan awak.

awak,
walaupun kita tak selalu dapat bersama,
hati saya tetap untuk awak,
kita ada banyak lagi tanggungjawab yg lagi penting,
awak dengan tugas awak,
saya dengan tugas saya,
walau apepun saya akan sentiasa doakan awak,
walaupun saya selalu risaukan awak,
saya nak awak sentiasa sihat dan gembira.

awak,
biarlah kita berkawan dulu,
walaupun tanpa ada hubungan cinta,
krn takut ia akan melalaikan,
sbb kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang,
saya tak nak terlalu mengharap,
biarlah takdir yang tentukan segalanya,

awak,
suatu hari nanti bila kita telah mencapai apa yang dicitakan,
jika kita ada jodoh,
saya amat berharap akan dapat bersama dengan awak hingga akhir hayat saya,
saya akan jaga hati dan diri saya untuk awak,
biarlah saya simpan cinta saya ini,
cinta saya yang abadi adalah cinta pada ILAHI..
cinta saya juga untuk keluarga saya yang tersayang..

awak,
terima kasih,
maafkan saya,
saya rasa ini lah cara terbaik..
minta maaf untuk segala kesilapan saya,
serahkan segalanya pada ALLAH..
jika ada jodoh kita,
saya terima dgn hati yg terbuka..
saya berdoa semoga ALLAH memberi kita hidayah, petunjuk dan jalan yang terbaik,
semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita,
dan ALLAH memberkati kita d dunia dan d akhirat.

dedikasi ini khas untuk AWAK..
saya hanyalah insan kerdil yang lemah,
hanya mampu merancang tapi segalanya telah ALLAH tentukan,
kita haruslah redha menerima apa jua Qada' dan Qadar ALLAH..




2 comments:

  1. teha : hehehehe..... taw ke..?? hahaha.. sape ek..?? kt xtaw pon..

    ReplyDelete